02/02/2012 - Ust. Fadli Ghani (Sirah Nabawiyah)        03/02/2012 - Ust. Hafizi Husin (Risalah Tauhid)         11/02/2012 - Ust. Irwan Shah (Tafsir)        11/02/2012 - Ust. Hassan (Muslimah)         12/02/2012 - Ust. Hassan (Muslimah)         13/02/2012 - Ust. Mahidin (Tasawwuf & Matla'Al Badrain)         14/02/2012 - Hazri Hashim - (Mustika Hadis)         15/02/2012 - Ust. Ayob (Tafsir)        16/02/2012 - Ust. Zainudin Hashim (Umum)         17/02/2012 - Ust. Zahidi (Penawar Bagi Hati)         18/02/2012 - Ust. Amran (Muslimah)         19/02/2012 - Ust. Hassan (Muslimah)         19/02/2012 - FORUM MAULIDURRASUL         20/02/2012 - Ust. Hakimmuddin (Tanda-tanda Kiamat)         27/02/2012 - Ust. Mahidin (Tasawwuf & Matla'Al Badrain)

Friday 21 October 2011

Kerja melibatkan bersalaman dengan wanita

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Soalan: Saya bekerja dengan sebuah syarikat antarabangsa yang melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakkan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif.

Pertama: Adakah rezeki saya dikategorikan daripada sumber yang syubhah?

Kedua: Adakah terdapat cara terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti ini atau perlukah saya berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain?

Monday 17 October 2011

Doa sewaktu bersujud dan keistemewaannya...

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja didalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

Tuesday 11 October 2011

Surau

Surau adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang Islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat(perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau adalah pusat aktiviti umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai definasi Surau. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah. Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula bererti tempat bersolat 

Info : http://ms.wikipedia.org/wiki/Surau

Ikutan