Kita perlu berdamping dengan al-Quran sepanjang Ramadhan; bahkan sepanjang hidup kita seharian. ntuk mendapatkan manfaat terbaik dari al-Quran,
adalah penting untuk kita memastikan
kita menghampiri al-Quran dengan cara yang betul.
Dr. Khurram Murad dalam bukunya “Way to the Quran” telah
meletakkan beberapa
pra- syarat asas bagi kita mendapat sesuatu
yang bermanfaat dari perhubungan kita dengan kita hidayah dari Yang Maha
Pencipta ini.
Pertama: Hampirilah
al-Quran dengan keyakinan yang mendalam
bahawa ia adalah kalam Allah; Pencipta dan Pemilik Alam Semesta. Kitab ini bukan buku biasa tetapi ia adalah kitab hidayah dari Allah. Bayangkan keagungan Ilahi dan Rahmat-Nya menurunkan kitab ini atas belas ihsan-Nya
kepada kita makhluk-Nya
yang kerdil di dunia fana ini.
Kedua: Bacalah al-Quran
dengan tiada tujuan atau niat selain dari untuk menerima petunjuk dari Allah, untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya dan untuk mencapai keredhaan-Nya. Apa yang kita akan dapati dari al-Quran
akan bergantung kepada apa yang kita niatkan.
Jika kita berniat untuk mendapat
hidayah, maka itulah yang kita akan
diberikan. Jika kita berniat membaca sekadar untuk keseronokan kajian ilmiah,
untuk menunjuk-nunjuk, itu juga yang kita akan perolehi. Jika kita berniat untuk menunjuk- nunjuk, maka sekadar itulah yang kita akan dapati.
Ketiga: Pastikan kita
sentiasa sedar dengan nikmat al-Quran
yang sedang kita baca dan besyukur kepada Allah ke atas pemberiannya
itu. Apabila kita insaf akan
nilai al-Quran yang berada di tangan
kita, semakin mudahlah bagi kita menerima saranan, arahan dan pengajaran yang
terkandung di dalam ayat-ayatnya.
Keempat: Terimalah dengan yakin tanpa sebarang keraguan setiap ilmu
dan petunjuk yang terkandung di dalamnya. Dengan pasrah, penyerahan yang total, kita menerima segenap
kenyataan dan arahan yang diberikan. Tiada bahagian di dalam
al-Quran yang kita tolak sebagai tidak relevan atau tidak sesuai
dengan zaman moden. Tiada tempat di dalam al-Quran yang bercanggah dengan ilmu sains yang sahih.
Kelima: Sediakan
diri untuk memahami dan menurut segenap titah perintah di dalam
al- Quran dan menukar cara hidup kita yang sedia ada jika perlu. Untuk memahaminya, maka perlulah
kita cuba memahami bahasa Arab. Jika itu tidak
mungkin, kita boleh
membaca
terjemahan, atau tafsir atau merujuk kepada pihak yang mempunyai
ilmu mengenai itu.
Keenam: Sentiasa ingat bahawa Shaitan akan sentiasa
mencari jalan untuk menghalang kita dari mendekati
al-Quran dan menyebokkan diri-diri kita dengan hal-hal lain yang
tidak memberi manfaat kepada dunia dan akhirat
kita. Shaitan juga akan berusaha memalingkan kita dari cuba mamahami dan menghayati
ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Quran.
Ketujuh: Yakinlah dengan
Allah yang akan membimbing
kita ke arah mendapat pahala yang besar dari bacaan al-Quran kita. Dengan
rahmat Allah-lah kita menerima
anugerah al-Quran dan dengan rahmat
Allah jugalah kita akan dibimbing untuk membaca, memahami dan memperolehi hidayah darinya.
Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita untuk membolehkan
kita memperbaiki kualiti bacaan al-Quran kita kali ini.
No comments:
Post a Comment