Di dalam ayat Surat Al-Baqarah ayat 183 yang sering dibaca pada awal Ramadhan, Allah
mewajibkan puasa dengan berfirman:
“ Wahai orang-orang yang
beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa… Perkataan “kutiba ‘alaikum..” yang digunakan mempunyai erti
‘diwajibkan’..
Gaya bahasa “ kutiba”ini telah digunakan oleh Allah dalam ayat-ayat lain. Misalnya,
dalam surah al-Baqarah ayat 178,
Allah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisas…(kutiba ‘alaikumulqisas…)
Dalam surah Al-baqarah: 180
pula Allah menyebutkan tentang
kewajipan berwasiat:
“Diwajibkan ke atas kamu, apabila sesorang
kamu didatangi maut sedang kamu mempunyai harta agar ia berwasiat …(kutiba
‘alaikum…)
Dalam ayat 216 Surah
Al-Baqarah pula, disebutkan:
“Diwajibkan ke atas kamu
berperang… (kutiba ‘alaikumul qital
…)
Dalam bentuknya yang berlainan
sedikit, Allah menyebutkan kewajipan
sembahyang dengan firman-Nya dalam Surah Annisa’ayat 103:
“Sesungguhnya solat itu telah diwajibkan ke atas orang mukmimin pada waktu-waktunya yang tertentu
(Kitaaban Mauquta) ”.
Ayat-ayat mengenai hukum
hudud ‘merompak’ dan ‘mencuri’ disebutkan oleh Allah
dalam Surah Al-Maidah ayat 33-34 dan 38-39. Dalam ayat-ayat yang sebelum dan selepas ayat-ayat
ini, Allah menerangkan tentang kewajipan
hukum hukum ke atas Bani Israel juga dengan perkataan “katabna”
(telah kami wajibkan)
Bentuk ayat yang dengannya Allah mewajibkan puasa adalah sama dengan bentuk ayat
Allah di mana Allah menyebutkan beberapa perkara lain; qisas,
wasiat, perang. Dalam bentuk yang hampir sama, solat disebutkan
sebagai wajib pada waktu yang tertentu.
Dalam bentuk yang lain, perkataan “katabna”
menjadi sebahagian dari ayat-ayat
Allah yang berkaitan dengan hukum-hukum hudud.
Hukum-hukum Islam bersifat sepadu. Kita wajib meyakini kesepaduan hukum-hukum
yang diturunkan oleh Allah; tidak mengambil sebahagian atau menolak sebahagian. Mengambil atau menerima atau mengamalkan
sebahagian dari ayat-ayat Allah dan menolak
sebahagian lain adalah sama dengan beriman dengan sebahagian dan
menolak sebahagian hukum Allah. Allah memberi amaran seperti tertera dalam firman-Nya di dalam
ayat 85 Surah Al-Baqarah:
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian
dari Kitab dan kufur terhadap bahagian
lain? Tiadalah balasan bagi sesiapa di antara kamu
yang melakukan demikian kecuali
kehinaan di dalam kehidupan dunia manakala pada hari akhirat mereka di kembalikan
kepada azab yang keras”
Ayat ini diturunkan mengenai
orang-orang Yahudi di Madinah yang mengamalkan
sebahagian suruhan Allah manakala mengabaikan arahan yang lain. Allah menganggap mereka sebagai beriman dengan sebahagian kitab
dan kufur kepada sebahagian yang lain. Bagi mereka
yang sedemikian, Allah memberi amaran
hukuman di dunia dan akhirat.
Oleh itu, kita perlu bersedia
menerima dan mengamalkan
bukan sekadar kewajipan puasa dan solat tetapi
juga semua hukum-hakam yang terkandung di dalam di dalam syariat yang ter’maktub’ di alam al-Quran
dan Sunnah Nabi (saw).
Semoga
Allah (swt) membantu kita memahami
dan mengamalkan agama-Nya.
No comments:
Post a Comment