Wahyu suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad pada bulan Ramadhan di Gua
Hira’ merupakan titik tolak penting
dalam sejarah umat manusia.
Wahyu yang bermula dengan menyuruh manusia membaca,
“Iqra’ “ mempunyai makna yang mendalam.
Sepanjang 23 tahun perhubungan langsung
tersebut, Allah telah menurunkan al-Quran secara beransur-ansur. “Kami (Allah) turunkan
al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit.” (Surah al- Isra’: ayat 106)
Di sisi Allah,
faktor atau dimensi masa tidak mempunyai apa-apa
makna kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Meliputi. Namun, bagi kita makhluknya
yang kerdil, tempoh masa
tersebut begitu penting.
Sepanjang tempoh tersebutlah
kita merasa
begitu istimewa kerana kita mempunyai
saluran yang langsung kepada/daripada Allah melalui
Rasul-Nya.
Sebelum peristiwa malam tersebut,
dunia tenggelam dalam kegelapan. Tamadun Yunani, Rom dan Parsi berada di ambang keruntuhan. Tamaddun Mesir dan Mesopotamia hanya
tinggal kesan sejarah. Tamadun China dan
India juga sedang berada di jurang
kemusnahan.
Peristiwa malam tersebut merubah sejarah umat manusia. Tiba-tiba Allah memberikan
cahaya kepada alam semesta, memilih Nabi-Nya dari kalangan bangsa Arab.
Orang Arab
yang asalnya tidak bertamaddun, menyembah berhala, menanam anak perempuan hidup-hidup, kaki judi, perempuan dan arak. Bertenung nasib dan menindas yang lemah adalah
budaya seharian mereka.
Tetapi setelah mereka menerima siraman cahaya ayat-ayat yang diturunkan
sedikit demi sedikit, mereka
berubah menjadi orang yang paling mulia, paling bertamaddun sehingga menjadi pemimpin
empayar yang meliputi dua
pertiga dunia.
Bermula dari pengisytiharan “Iqra “ oleh Jibrail pada malam yang
penuh berkat tersebut, sejarah manusia berubah wajah.
Bahkan, banyak kemajuan kini dalam pelbagai bidang sains, teknologi, geografi, matematik dan seumpamanya boleh dikesan
sebagai bersumber daripada usaha-usaha awal umat Islam yang digerakkan
oleh wahyu pertama,
‘Iqra’.
“Iqra’ “ yang diturunkan di malam Lailatul Qadr telah menggerakkan mereka, memberi nafas baru kepada mereka, memberi semangat
waja kepada mereka, memacu
mereka menjadi pemimpin
dunia.
Marilah kita mengambil semangat dari gugahan ‘Iqra’ “ ini dengan kita memacu diri kita
ke hadapan, menjalankan titah perintah-Nya dan membela
agamanya agar kita dapat mengembalikan
tamaddunnya yang gemilang.
Di mana kita hendak bermula?
Kita boleh mulakan
dengan diri kita. Marilah kita sama-sama
membuat
tekad dan azam untuk membaca al-Quran,
Wahyu Ilahi ini setiap hari
samada di dalam atau di luar bulan Ramadhan.
Kita juga akan berusaha memahami
kalimah Allah ini melalui terjemahan, tafsir atau kuliah
dan majlis Ilmu serta berusaha
beramal dan menghayatinya. Untuk mendapatkan kesan terbaik dari bacaan al-Quran kita, kita ikutilah saranan yang
diberikan di dalam Renungan Ramadhan 17, semoga Allah merahmati
kita.
No comments:
Post a Comment