Kita semua maklum bahawa
al-Quran diturunkan oleh Allah di bulan Ramadhan.
Para ahli sejarah menerangkan bahawa pada satu malam di bulan Ramadhan, ketika Nabi
(saw) sedang bertahannuth di gua Hira’
turun malaikat Jibrail menyuruh baginda membaca.
Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah.
Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. (surah al-Alaq:1-4)
Rata-rata umat Islam maklum akan kisah penurunan
wahyu pertama ini.
Kita sering membaca ayat-ayat ini
tetapi mungkin kita kurang memahami implikasinya
yang mendalam. Kita kurang menyelami makna kepada wahyu
pertama ini. Mungkin itu
salah satu sebab, kita kurang mengambil endah kitab wahyu yang kini berada di
dalam almari atau di atas rak mengumpul
debu.
Menurut Sayyid Qutb dalam
kitab Tafsirnya, Fi Zilal Quran, peristiwa penurunan
wahyu pertama ini ini amat bermakna serta mempunyai implikasi dan kepentingan yang amat besar. Menurut beliau “ tidaklah keterlaluan
jika dikatakan bahawa peristiwa ini adalah
peristiwa terbesar dalam sejarah
kewujudan umat manusia!”.
Hakikat sebenar peristiwa ini ialah Allah (swt), Yang Maha Agung, Maha Perkasa
dengan sifat pemurah dan rahmah-Nya, telah mengambil berat tentang makhluk-Nya yang bernama manusia yang menghuni setitik
planet bernama bumi di pinggir
cakrawala yang luas ini. Allah telah dengan rahmat-Nya lagi sekali dan bagi kali terakhir memilih salah seorang dari penghuni tersebut untuk menerima
cahaya rabbani dan melantiknya menjadi pendokong kepada risalah-Nya.
Ini adalah peristiwa yang amat besar
ertinya. Jika dibayangkan
kekerdialan kita sebagai manusia dan
kebesaran dan ketinggian Allah sebagai Pencipta dan Pemilik Alam Semesta, maka makin
jelaslah bahawa keperihatinan Allah terhadap makhluk yang
berada di ceruk terpencil di dalam
cakarawala ini merupakan
pancaran dari sifat Penyayang Allah.
Pada malam penurunan
ayat-ayat awal surah al-Alaq
ini, Allah membuat hubungan secara langsung dengan seorang manusia di bumi. Pada malam
ini, Allah endah (care) terhadap manusia. Pada malam ini, bumi disirami
dengan kalimah Allah.
Peristiwa
besar ini membawa perubahan yang besar
kepada kehidupan manusia dan dunia. Ia menjadi titik tolak
di mana manusia
lagi sekali diseru kembali untuk melihat kepada Allah sebagai sumber hidayah; sumber peraturan kehidupan. Para sahabat Nabi (saw)
tahu bahawa inilah sahaja tempat mereka mengambil
sumber untuk setiap hukum, peraturan atau cara hidup yang mereka akan jalani.
Dan perhubungan yang mulia
ini berterusan sehingga 23 tahun.
Para sahabat memahami hakikat
ini. Mereka jelas kedudukan dan keistimewaan yang mereka kecapi. Dan mereka tahu
perhubungan dengan Yang Maha Tinggi ini berakhir dengan kewafatan Nabi (saw).
Anas menceritakan bahawa Abu Bakar (ra) berkata kepada Umar (ra) selepas kewafatan Nabi (saw). “Marilah kita menziarahi
Ummu Ayman (Pengasuh
Nabi) seperti mana yang sering dibuat oleh Rasulullah (saw).” Apabila mereka
menemui
Ummu Ayman, beliau menangis. Mereka berkata,
“ Kenapa anda menangis sedang
kan anda tahu bahawa
berada di sisi Tuhan adalah lebih baik bagi
Nabi?” . Beliau menjawab: “ Benar! Tetapi aku menangis kerana dengan kematian Baginda, wahyu dari langit kini
tidak lagi turun!” Air mata
berlinangan dan ketiga-tiga mereka
pun menangis. (hadis Riwayat Muslim)
Demikian kefahaman yang ada pada para sahabat tentang betapa bermaknanya wahyu Ilahi.
Wahyu itu kini masih ada di tangan kita. Cuma sejauh
manakah kita kini menghargai
wahyu suci tersebut; membacanya, menyelami maksudnya dan menghayatinya dalam mengatur
kehidupan kita di muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment