Kita tahu bahawa sedekah jariah adalah salah satu dari amalan yang akan menjadi saham bagi kita secara berpanjangan, pahalanya terus menerus masuk
ke ‘akaun’ kita hatta setelah jasad kita ditelan bumi.
Kita juga maklum bahawa bulan Ramadhan ialah
bulan Sedekah. Kita sudah menyebutkan bahawa di dalam hadis mengenai
Jibrail datang menemui Nabi (saw) dan bertadarus dalam bulan Ramadhan ada dinyatakan bahawa “Nabi (saw) adalah
orang yang paling dermawan,
dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau
ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur’an.”
Mungkin ada di antara kita yang melihat bahwa
sedekah adalah untuk orang-orang yang kaya dan berharta kerana sedekah semestinya
dengan wang ringgit atau harta benda. Namun
Islam telah meluaskan konsep sedekah ini
kepada semua perkara yang membawa kebaikan kepada diri sendiri
dan orang lain. Di zaman Nabi
(saw) terdapat golongan sahabat yang berharta mampu untuk bersedekah
harta benda di samping mereka melakukan ibadah
khusus yang lain. Perkara ini menimbulkan kegusaran di kalangan sahabat yang tidak berharta kerana mereka melihat
peluang mereka untuk mendapat
pahala tidak sebaik rakan-rakan mereka. Di sini kita lihat bagaimana generasi tersebut risau kerana mereka mempunyai peluang tipis untuk menang dalam “perlumbaan mencari pahala”.
Bandingkanlah
sikap ini dengan sikap kita yang berlumba
untuk selain dari pahala.
Perhatikan hadis ini:
Dari Abi Dzar (ra), bahawasanya segolongan manusia
dari sahabat-sahabat Nabi (saw) berkata kepada Nabi (saw) Ya Rasulullah! Orang-orang yang mempunyai
harta (orang kaya) telah (berpeluang) mendapat lebih banyak
pahala dari kami. Mereka
sembahyang sebagaimana kami
sembahyang dan mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan
harta-harta mereka.
Berkata Rasulullah: Bukankah
Allah telah menjadikan
bagi kami sesuatu untuk kamu
bersedekah? Sesungguhnya setiap tasbih itu sedekah, setiap takbir
itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap
tahlil itu sedekah,
dan menyuruh dengan maaruf itu sedekah
dan melarang dari yang munkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang itu juga sedekah. Mereka berkata: Ya Rasulullah!
Adakah seseorang kami
menggunakan syahwatnya dan baginya pahala pada perbuatannya itu? Sabda baginda:
Apakah pendapatmu kalau digunakannya pada yang haram,
adakah dosa atasnya? Maka demikian pula apabila digunakan pada yang
halal, maka baginya pahala (Hadis
riwayat Muslim)
Dalam hadis
lain:
Dari Abu Hurairah (ra)
katanya: Telah bersabda Rasulullah (saw) : Tiap-tiap anggota dari manusia tertanggung atasnya bersedekah pada tiap-tiap
hari yang terbit
matahari. Engkau berlaku adil antara dua orang adalah sedekah,
dan engkau menolong seorang lelaki
untuk menaiki kenderaannya atau menolong mengangkat
barang-barangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik adalah sedekah, dan tiap-tiap langkah engkau
pergi sembahyang adalah sedekah, dan
engkau membuang bahaya dari jalan juga sedekah. (Hadis riwayat Muslim)
Demikian luasnya ruang
lingkup sedekah. Para Ulama telah
menghuraikan hadis
ini bahawa sedekah terbahagi
kepada dua jenis; untuk manfaat diri sendiri seperti
tasbih, tahmid, perhubungan
suami isteri dsbnya dan yang memanfaatkan
orang lain seperti membuang halangan, ringan tulang membantu orang
lain dengan tenaga, berlaku adil dan melaksanakan amar maaruf nahi munkar, selain
dari sedekah harta benda untuk orang yang memerlukan.
Kita jelas kini bahawa ufuk, jenis dan ruang
lingkup untuk bersedekah itu begitu luas. Tidak ada sebab untuk kita mengatakan bahawa
kita tidak mampu untuk bersedekah teruatma
di bulan yang berkat ini. Maka marilah kita bersegera untuk bersedekah
dengan pelbagai cara mengikut kemampuan
kita, terutama mengambil
berkat dari Bulan Ramadhan yang mulia ini
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل