Kembali kita kepada isu solidariti umat seperti kita telah bincangkan di dalam renungan Ramadhan 10.
Ramadhan mengingatkan kita bahawa Umat Islam adalah satu. Ia umpama satu badan, seperti disebut oleh Nabi saw:
“Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah
seperti satu tubuh, apabila satu anggota
mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya
dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.” (Hadis Riwayat Muslim)
Saban hari media cetak dan elektronik memaparkan penderitaan umat Islam di seluruh
dunia. Palestin, Kashmir, Afghanistan, Chechnya, Iraq dan banyak lagi tempat sentiasa mengalirkan darah Muslimin;
rakan saudara seagama dengan kita. Tidak putus-putus kita didedahkan dengan penipuan, kezaliman dan penindasan yang dikenakan ke atas saudara- saudara kita. Soalannya..
adakah kita seumpama badan tersebut yang
turut merasa demam,
tidak dapat tidur kerana sebahagian dari anggota
badan kita sedang menderita kesakitan.
Sebahagian mereka tidak dapat merasa aman seperti yang kita rasai. Sebahagian mereka tidak mampu menikmati sesuap makanan dalam sehari. Sebahagian tidak mempunyai bekalan air untuk keperluan
diri. Sebahagian tidak mempunyai
pakaian bagi menutup aurat dengan sempurna.
Anak-anak kecil kehilangan ayah, ibu kehilangan anak, keluarga kehilangan
tempat perlindungan.. senarai
penderitaan mereka berpanjangan..
Mereka juga manusia
seperti kita. Mereka juga Muslim seperti kita. Dalam hadis yang
masyhur Nabi (saw) bersabda:
“Tidak beriman salah
seorang darimu, hingga ia mencintai untuk saudaranya seperti ia mencintai untuk dirinya sendiri.” (hadis
riwayat Bukhari dan Muslim)
Sewajarnyalah, dalam bulan solidariti umat ini, kita
luangkan masa untuk menilai
sumbangan kita kepada mengurangkan
penderitaan saudara-saudara kita ini. Untuk
sumbangan kewangan, peluang sebenarnya terbuka kerana
pelbagai pertubuhan seperti Jamaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan MERCY ada
menganjurkan Tabung Khas bagi meringankan penderitaan mereka. Setidak-tidaknya, gunakanlah kesempatan keemasan yang ada dalam saat-saat keberkatan
bulan Ramadhan untuk mendoakan kesejahteraan
dan kemenangan bagi saudara-saudara kita
. Semoga kita termasuk dalam kumpulan yang tersebut
oleh sabda Rasulullah (saw):
"Apabila seorang berdoa
bagi saudaranya tanpa pengetahuannya, berkatalah para Malaikat: Bagi kamu seperti itu juga." (hadis riwayat
Muslim dan Termizi)