Orang-orang yang berpuasa nanti akan mempunyai keistimewaan
dengan pintu khas untuk masuk ke syurga.
Dan kita akan bergembira bukan
sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah nanti. Inilah kegembiraan yang hakiki. Selain
itu orang yang berpuasa juga dijanjikan
keampunan bagi dosa yang lalu. Dari
Abu Hurairah bahwa Rasulullah (saw) telah bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa
dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan
keredhaan Allah, akan diampuni
dosa-dosanya yang terdahulu” (hadis riwayat Ahmad
dan Ashabussunan)
Kalau dilihat
bentuk hadis ini, ianya seakan
sama dengan hadis mengenai keutamaan
solat tarawih. Di dalam hadis ini bukan sahaja disebutkan
janji keampunan dosa bagi orang yang berpuasa
tetapi juga syarat untuk mendapat
anugerah ini iaitu berpuasa dengan “imaanan wah
tisaaban” yang diterjemahkan sebagai
kerana “ iman dan mengharapkan keredhaan Allah”. Puasa kita
bukan kerana budaya, bukan kerana adat, bukan kerana manusia, bukan kerana kesihatan, bukan kerana ketiadaan makanan. Tetapi kerana keazaman kita memenuhi tuntutan iman dan benar- benar mengharapkan
keredhaan Allah.
Niat dan keazaman yang sedemikian akan menyebabkan kita tekun menjaga syarat- syarat dan adab-adab dalam puasa kita, bagi melayakkan
kita mendapat keampunan bagi
dosa-dosa kita yang lalu. Abu Said al-Khudri
berkata bahawa Nabi (saw) pernah bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengetahui
batas-batasnya dan ia menjaga diri dari
segala apa yang patut dijaga, dihapuskanlah dosanya yang sebelumnya.” (hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Jelas kepada kita bahawa
hanya puasa yang terjaga dari batas-batasnya sahaja yang akan diterima dan layak untuk menerima keistimewaan yang dijanjikan. Sebab itu Nabi (saw)
memberi
kita peringatan, sekiranya
kita tidak berhati-hati, kita mungkin terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memperolehi apa-apa dari puasa dan solat tarawih mereka.
Abu Hurairah berkata Nabi (saw)
bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa,
tetapi tiada yang diperolehinya kecuali rasa lapar
dan berapa banyak orang bersembahyang
malam,
tetapi tiada yang ia perolehi selain dari rasa mengantuk” (hadis riwayat an-Nisai
dan Ibn Majah) Yang dimaksudkan oleh Nabi (saw) ialah orang yang berpuasa
hanya dengan berlapar tetapi tidak kerana mencari keredhaan Allah serta tidak kisah
dalam menjaga adab-adab dan batas-batasnya yang lain. Semoga Allah menjauhi kita dari
termasuk ke dalam golongan ini; golongan orang yang berlapar
dahaga tetapi tidak memperolehi apa-apa; puasa tidak diterima; dosa tetap tidak berampun.
No comments:
Post a Comment