Ramadhan yang penuh keberkatan
ini disambut di seluruh dunia secara serentak. Walaupun, oleh kerana kedudukan geografi yang berlainan, kita tidak
dapat menyambutkan pada satu ketika yang sama.. tetapi semuanya menyambut pada satu tarikh yang sama yakni kemunculan anak bulan Ramadhan
di tempat masing-masing.
Sesungguhnya Ramadhan membayangkan
kesejagatan dan solidariti Islam.
Di setiap detik dalam 24 jam, kita akan mendapati ada saja umat Islam yang sedang berpuasa, yang sedang berbuka, yang sedang bertarawih, membaca al-Quran, bersahur dan pelbagai aktiviti lain merai’kan
Ramadhan mubarak ini.
Kita dapati umat Islam tediri dari pelbagai jenis warna kulit, bangsa, kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan. Namun dengan sambutan Ramadhan yang serentak, mereka
bersatu dalam kepelbagaian ini. Jelas
terserlah ruh ayat Allah:
Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk
(menjadi) rahmat bagi semesta alam.
( Surah al-Anbiyaa’:107)
Kesatuan dalam kepelbagaian (unity
in diversity) ini
adalah ciri penting
Islam. Kita berbeza bukan sekadar
budaya dan warna kulit tetapi kadangkala sehingga dalam
beberapa hal cara beribadah. Namun kita tetap
bersatu di atas perkara pokok
dan prinsip.
Misalnya tiada umat Islam
yang mempertikaikan kewajipan puasa di bulan Ramadhan,
tiada yang tidak bersetuju bahawa awal puasa ialah dengan melihat bulan, tiada yang membangkang jika dikatakan yang sakit dan dalam
perjalanan dibenarkan berbuka dan
tiada yang mengatakan solat malam
di bulan Ramadhan itu amat digalakkan. Ini adalah perkara-perkara pokok dan prinsip dan tidak ada
pertikaian mengenainya.
Namun di kalangan kita mungkin berbeza dari segi cara menentukan “anak bulan telah kelihatan” atau samada “orang yang dalam
perjalanan yang mudah perlu berpuasa atau tidak” dan samada “ solat tarawih itu 20 rakaat atau 8” dan seumpamanya. Perbezaan pendapat yang kecil sedemikian
tidak semestinya tidak menunjukkan ketidaksatuan; asalkan semuanya berdasarkan hujjah dan nas yang
kuat.
Perbezaan
pendapat sedemikian juga tidak semestinya
menyebabkan kita berbalah; berkelahi atau rendah-merendahkan. Para sahabat pernah berbeza pendapat dalam
bab puasa dalam perjalanan. Lihat
sikap mereka.:
Anas bin Maalik
berkata: "Kami sedang bermusafir bersama dengan Rasulullah
(saw) semasa Ramadhan dan
di kalangan kami ada yang berpuasa, ada yang tidak berpuasa
Golongan yang berpuasa tidak menyalahkan orang yang tidak berpuasa dan golongan yang tidak berpuasa tidak menyalahkan orang yang berpuasa. [hadis
riwayat Bukhari and Muslim]
Itulah sikap sahabat-sahabat Nabi (saw) yang harus kita contohi. Tidak ada sebab untuk kita merendah-rendahkan
amal
perbuatan orang lain atau merasa diri kita lebih
besar, lebih hebat, lebih banyak amal,
lebih wara’, lebih tinggi darjat taqwa berbanding dengan mereka yang mempunyai kelainan dari
sudut perkara-perkara khilafiyah sebegini. Ingatlah pesanan Allah: Hai orang-orang yang beriman, janganlah
suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang
lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang
mengolok-olokkan) (surah al-Hujurat: 11)
Berhati-hatilah dengan jarum-jarum halus yang bakal merosakkan amal kita. Jangan dilayan perasaan bahawa kita
lebih baik dari mereka kerana kita melaksanakan sesuatu amal yang lebih lebih banyak, lebih kerap, lebih
sempurna sambil kita memandang rendah orang lain
Boleh jadi juga dalam keghairahan mencari yang lebih ‘benar’ dan lebih ‘banyak’
kita terpedaya dengan tipu-daya hawa nafsu kita yang memesongkan.
Ingatlah, sebaik
sahaja kita merasa diri kita lebih taqwa dari orang lain, di
ketika itu bukanlah layak lagi
kita digelar bertaqwa!
No comments:
Post a Comment