Dalam sebuah hadis, Nabi (saw) bersabda:
Tidaklah berpuasa
itu dari makan-minum semata, tetapi berpuasa itu adalah dari perbuatan kosong dan perkataan
keji. Maka jika kau dicaci orang atau diperbodohnya, hendaklah kamu mengatakan: “saya
ini berpuasa, saya ini berpuasa!” (hadis riwayat Ibnu khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Jelas kepada
kita bahawa puasa yang berkualiti bukan
sekadar menahan diri dari makan-minum. Tetapi kita perlu juga menahan
diri dari perbuatan kosong (lagha). Cuba
bayangkan berapa banyak perbuatan lagha yang kita buat hari ini; dari berbual
kosong sehingga kepada bermain
computer games atau menonton
television. Sebaliknya kita
perlu sibukkan harian kita dengan kerja-kerja yang
produktif; untuk dunia dan akhirat kita. Jika mempunyai luang dari waktu bekerja mencari nafkah
kita, sibukkan diri dengan membaca al-Quran, terjemahannya atau berzikir atau i’tikaf
atau menghadiri majlis ilmu atau membaca buku-buku agama dan seumpamanya.
Satu lagi adab penting orang berpuasa ialah mengawal
lidah dan perasaan. Orang yang
berpuasa adalah seorang
yang tenang, sabar dan berhati-hati dalam percakapannya. Puasa itulah membolehkan beliau untuk mengawal diri dari memberi tindak balas negatif apabila diuja dengan
perkara-perkara negatif oleh orang lain.
Abu Hurairah
(ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
Dan puasa itu merupakan perisai,
maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata
keji dan meninggikan suara atau mencaci maki.
Dan seandainya dicaci oleh seseorang atau diajaknya berkelahi
hendaklah dijawabnya: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!”. (hadis riwayat
Ahmad, Muslim dan Annisa’i)
Begitu kuat tuntutan kita menjaga lidah ini ditekankan
lagi dalam sebuah hadis lain pula di mana
Nabi (saw) bersabda:
Sesiapa yang tidak menghentikan perkataan-perkataan dusta dan melakukan kedustaan itu, maka Allah tidak merasa
perlu ia meninggalkan makan-minumnya.
(hadis riwayat Jama’ah kecuali Muslim)
Marilah kita berusaha
dan berdo’a agar Allah swt mempermudahkan kita menjalani ibadah puasa kita dengan paling
sempurna. Semoga puasa kita
hari ini lebih baik dari semalam, dan
tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya
No comments:
Post a Comment