Kita kini berada di hari
ke 11 Ramadhan. Ini bermakna, kita telah berada di fasa kedua Ramadhan. Kita telah meninggalkan fasa “rahmat” manakala kita kini memasuki fasa
“maghfirah”. Sepuluh hari yang berlalu,
kita berharap rahmah, belas kasihan dari Allah. Di hari mendatang,
pintu maghfirah Allah terbuka luas menunggu kepulangan hamba-
hamba-Nya.
Kita perlu menilai semula, review pencapaian kita. Untuk itu, kita boleh mengambil
iktibar dari sebuah kisah yang dinukilkan oleh Sheikh Said Hawa mengenai Al-Hasan
bin Abul Hasan al-Bishri. Bahawa beliau ini pada suatu ketika di bulan Ramadhan berjalan melalui satu kelompok manusia yang sedang tertawa
sambil bersenda gurau, kemudian
al-Hasan berkata:
“Sesungguhnya Allah azzawajalla menjadikan
Ramadhan sebagai bahan ujian yang
tersembunyi bagi seluruh
makhluk-Nya. Semua orang sama berlumba-lumba, atau dahulu-mendahului untuk berbuat
ketaatan kepada Allah (SWT). Kemudian ada golongan yang dapat mendahului golongan
lain, merekalah orang-orang
yang beruntung dan berjaya. Sedang golongan lain ada yang tertinggal di
belakang dan mereka itulah
orang-orang yang menyesal dan merasa mendapat kerugian yang besar. Oleh sebab
itu adalah heran seheran-herannya ketika saya melihat ada orang yang tertawa, bermain-
main
pada hari seperti
sekarang ini dalam bulan Ramadhan, padahal
di saat ini adalah hari sebahagian manusia menjadi beruntung dan berjaya , sedangkan ada
sebahagian manusia lainnya
yang merasa rugi dan menyesal.
Yang berbahagia ialah
orang-orang yang mendahului
kawan-kawannya untuk mentaati Dzat Yang Maha Pencipta, dan yang merugi ialah orang yang hanya gemar melakukan
kebatilan dan kesia-siaan.”
Setelah melalui sepertiga Ramadahan, eloklah
kita berhenti sejenak,
menilai prestasi kita dalam sepuluh hari yang telah berlalu. Antara soalan yang boleh kita tanyakan diri
kita ialah:
- Sudahkah kita memanfaatkan sebaik-baiknya kehadiran bulan ramadhan yang penuh berkat ini?
- Sudahkah kita cuba sedaya upaya mencantikkan puasa kita?
- Sudahkan kita memastikan anak-isteri-suami dan seluruh keluarga kita sama-sama menikmati keberkatan Ramadhan ini?
- Sudahkah kita mencapai tahap minimum pembacaan al-Quran setiap hari? Jika standard kita ialah satu juzuk sehari, maka kini sepatutnya kita telah melebihi sepuluh juzuk.
- Sudahkan kita memastikan sunat-sunat puasa seperti bersahur disempurnakan?
- Sudahkah kita memastikan kita tetap istiqamah dengan solat tarawih dan berazam untuk meneruskannya ke hujung Ramadhan?
- Sejauh manakah Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas?
Kuatkan
tekad untuk melipatganda amal dan beristighfar atas ketelanjuran
kita.
No comments:
Post a Comment