Ketahuilah
bahawa puasa yang sedang kita jalani
ini merupakan jalan singkat
untuk mendapat rahmat, pahala dan keberkatan dari Allah.
Orang-orang yang
berpuasa merupakan golongan yang terpilih, special, dan mempunyai
keistimewaan pada hari qiamat. Sahal bin Sa’ad berkata bahawa Nabi
(saw) bersabda:
“Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut “rayyan”. Akan diseru pada hari qiamat: “Mana orang yang
berpuasa?”. Lalu bila orang yang
terakhir dari mereka telah masuk, maka
pintu itupun ditutup”. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Puasa ini juga bakal
menjadi pembela dan pemberi syafaat
kepada kita. Menurut Abdulah bin Umar
(ra), Nabi (saw) bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat
bagi hamba, pada hari qiamat. Berkata puasa: “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan
memuaskan
syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat
padaku kerana itu”. Dan berkata pula al-Quran: “ Engkau
larang ia tidur di waktu malam, sekarang
ia meminta syafaat padaku
mengenai itu”. Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.” (hadis riwayat Ahmad)
Orang yang berpuasa akan bergembira apabila
bertemu dengan Tuhannya nanti seperti hadis dari Abu Hurairah bahawa
Nabi (saw) bersabda:
“Dan orang yang berpuasa
itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira
dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui Tuhannya nanti, ia akan gembira kerena puasanya.” (hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa’i)
Jelas kepada
kita status atau kedudukan orang-orang yang berpuasa. Memang dalam
mengerjakan puasa itu terdapat
kesukaran, keletihan dan kesusahan.
Memang puasa memerlukan
pengorbanan dan kesabaran. Tetapi yakinlah dengan janji
Allah melalui lisan Nabi-Nya ini. Puasa bakal memohon syafaat bagi kita
Kita mempunyai keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga. Dan kita akan bergembira
bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah nanti. Inilah kegembiraan yang hakiki.
Semoga Allah menggabungkan kita ke dalam orang-orang istimewa dan memperoleh
syafaat dari puasa yang kita kerjakan.
No comments:
Post a Comment