Salah satu ruh yang penting dalam puasa ialah mewujudkan
rasa kebersamaan dengan
orang yang kurang bernasib baik. Puasa
membolehkan
kita yang berkemampuan (secara sukarela) merasa apa yang dirasai (secara terpaksa)
oleh golongan yang tidak berkemampuan menikmati makanan
dan minuman yang mencukupi setiap hari. Bayangkan, kita menahan diri secara sukarela
sedangkan peti-sejuk kita dipenuhi
makanan, kabinet dapur kita sendat dengan pelbagai
bahan, tetapi mereka yang kurang
bernasib baik terpaksa berlapar kerana
mereka tidak mempunyai
wang untuk membeli walaupun makanan
yang asas seperti
beras dan minyak. Kita masih boleh bergembira kerana kita tahu, lapar kita sekadar
adalah seketika, sementara menunggu berbuka tetapi bagi mereka entah malam ini,
entah esok belum pasti ada cukup makanan untuk seisi
keluarga.
Memberi makan
kepada orang yang lapar adalah tugas mulia.
Dari Abdullah
bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya
kepada Rasulullah (saw). "Ya Rasulullah amalan apakah di dalam
Islam yang baik". Rasulullah saw menjawab: "Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam
kepada orang yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal". (hadis
Riwayat Bukhari).
“Tidak
beriman kepadaku siapa yang tidur
kenyang padahal jirannya lapar dan di sampingnya
sedangkan dia tahu jirannya lapar”. (hadis
riwayat Tabarani)
Dalam hadis lain, Rasulullah (saw) bersabda:
“Apabila anda memasak lauk, perbanyakkanlah kuahnya,
kemudian lihatlah
ahli jiranmu dan berikanlah
kepada mereka sebahagian darinya dengan
baik.” hadis riwayat Muslim)
Marilah
sama-sama kita merealisasikan salah satu ruh puasa ini dengan menyumbang sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada kita untuk membantu golongan yang tidak
bernasib baik. Pelbagai cara boleh dilakukan; banyak peluang kini dibuka.
Pokoknya
tepuk dada.. tanyalah iman kita.
No comments:
Post a Comment