Allah swt berfirman, maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa". (Surah al-Baqarah:
183)
Ayat ini merupakan
ayat yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di samping menyatakan
kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan dari ibadah puasa kita “agar
kamu
bertaqwa”. Darjah taqwa ialah
darjah tertinggi yang boleh
dicapai oleh seorang hamba. Orang
yang bertaqwa dijanjikan syurga oleh Allah:
“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan
syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya” (Surah al-Qalam:34)
“Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu
dan syurga yang bidangnnya seluas
langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah ali-Imran: 133)
Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam al-
Quran:
“Alif, Lam, Mim.
Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk
bagi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah: 1-2)
Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan
di akhirat bahkan layak
mendapat bantuan Allah di dunia lagi.
Firman Allah bermaksud:
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya
jalan keluar dan memberinya
rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka.” (Surah at-Talaq: 2-3)
Orang-orang
bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah:
“Sesungguhnya orang yang
paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang
bertaqwa dari kalangan kamu” (Surah al-Hujurat: 13)
Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu
tinggi, yang melayakkan seseorang
menjadi orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta
diberikan bantuan sejak di dunia lagi.
Pasti untuk memperolehinya
agak sukar.
Namun kini peluangnya terbuka luas dengan
tawaran istimewa dari Allah SWT.
Janji Allah,
jika kita berpuasa
dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat taqwa. Marilah sama-sama
kita
berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin.
No comments:
Post a Comment