Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan
limpah kurnianya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan :
“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat terawih, salah satu sunnah yang amat diberatkan di bulan Ramadhan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperolehi segala keberkatan Ramadhan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitment kepada solat terawih.
Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan bermaksud:
Maka pada malam ini, marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan di bulan Ramadhan. Pada malam ini, kita tingkatkan komitment kita untuk rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Pada malam ini kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.

“Sesungguhnya
telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu
berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat
para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.
Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi.”(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh
Rasulullah (saw) setiap menjelangnya Ramadhan.
Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan
Ramadhan adalah satu peristiwa yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang
harinya adalah salah satu syi’arnya yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang
terdapat di bulan ini. Adalah rugi
kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu
banyak di dalamnya.
Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan
sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana
jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala
berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok
bandingnya.
Nah.. jika begitu. Kita tanyakan diri kita pada
malam pertama ini. Mahukah kita menerima tawaran dan pemberian Allah ini? Mahukah
kita menjadi hamba-Nya yang mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik
dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun. Mungkin melampaui kadar umur
kita?
Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis tersebut:
“Sesiapa yang
tidak berusaha mendapatkan
kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi”.
Maka pada malam ini, marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan di bulan Ramadhan. Pada malam ini, kita tingkatkan komitment kita untuk rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Pada malam ini kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.
No comments:
Post a Comment