Masjid dan surau akan dibanjiri oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan jemaah setiap malam,
ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau ceramah
pendek atau tafsir pendek. Ini merupakan satu amalan
yang baik kerana ia akan menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan
juga medan untuk berkongsi
Ilmu dan ingat memperingati. Sesuai dengan firman Allah bermaksud:
“ Dan tetaplah memberi
peringatan, kerana
sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman” (Surah Azzariyat: 57)
Dan firman-Nya lagi:
“Demi masa, sesungguhnya manusia
benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal
soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan
kesabaran”. (Surah Al-Asr:
1-3)
No comments:
Post a Comment