Nabi (saw) mengingatkan kita bahwa di kalangan
orang yang berpuasa, ada yang tidak memperolehi
apa-apa kecuali lapar dan dahaga.
Dan di sana pula terdapat golongan
yang berpuasa dan memperoleh pelbagai
keistimewaan dan keberkatan.
Di dalam spektrum yang begitu luas, di
manakah kita?
Untuk mencapai darjat tertinggi yang dianugerahkan
kepada orang yang berpuasa, kita perlu memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan, minum dan perkara
lain yang membatalkan
puasa. Kita perlu juga menghidupkan sunat dan adab puasa
seperti bersahur, menyegerakan berbuka,
bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran. Tetapi itu saja tidak mencukupi.
Menurut Sheikh Said Hawwa di dalam
kitabnya al- Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi, terdapat enam syarat tambahan yang perlu diberi perhatian oleh orang yang
benar-benar berhajat meninggikan
kualiti puasanya:
1. Memejamkan
mata serta mengekangnya jangan sampai
memperluas,
atau memperdalamkan penglihatan, yakni melihat dengan berlebih-lebihan
kepada segala sesuatu yang tercela
dan tidak baik dan dibenci oleh agama. Demikian
pula melihat apa saja yang menyebabkan hati terpesona, sehingga lalai
daripada mengingati Allah.
2. Menjaga lisan dari perkataan
yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang melampaui batas, atau berkata kotor,
atau berkata yang sia-sia,
atau berdusta atau mengumpat,
atau mengadu domba atau berkata jijik, atau bertengkar atau
memamerkan diri sendiri. Sebaliknya hendaklah diam atau mengurangkan bicara yang tidak perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah gemar membaca al-Quran atau kitab-kitab agama.
3. Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya.
4.
Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan
dosa khususnya tangan dan
kaki jangan sampai melakukan hal-hal
yang terlarang menurut kacamata
agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga yang syubhat, terutama
di saat berbuka puasa.
5.
Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika
berbuka, sekalipun makanannya halal,
sehingga perut sekan-akan tidak memuatnya
lagi. Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah
daripada perut yang penuh
terisi. Puasa ialah untuk mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah orang yang puasa itu wajar memupuk
kembali syahwatnya ketika berbuka?
Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah
bermaksud membalas dendam
nanti di waktu berbuka?
Pada siangnya, masih ketika
berpuasa, ia membeli ini dan itu yang berupa makanan dan waktu berbuka akan
dihabiskan semua sekali.
Maka tujuan puasa untuk melemahkan nafsu syahwat tetap tidak berhasil. Sewajarnya, sediakanlah makanan dan makanlah
sekadar seperti mana hari-hari
biasa di bulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga
merangsang lagi nafsu.
6.
Hendaklah hatinya
menggantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak
puasanya hari itu. Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana
belum ada kepastian. Jika diterima, pasti
termasuk dalam
golongan almuqarrabin
yang mempunyai pelbagai keistimewaan.
Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam
golongan yang tertolak amalannya,
lagi dimarahi dan dimurkai-Nya.
Orang yang tertipu oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima,
padahal ada kemungkinan tidak demikian. Nanti
pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak menerima amalannya!
Semoga Allah swt
menerima membantu kita mengamalkan dan istiqamah dengan
keenam-enam perkara di atas ke arah meningkatkan
kualiti puasa kita.
No comments:
Post a Comment